PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SECARA BERTERUSAN (CCD)
Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.
Penguatkuasaan Pengumpulan CCD
CCD secara rasminya telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan telah diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008. Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.
Objektif
CCD dilaksanakan dengan objektif seperti berikut:
- Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
- Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan
- Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
- Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti pembinaan
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan
Mata CCD Mengikut Gred Pendaftaran
Mata CCD perlu dikumpulkan mengikut gred pendaftaran dan tahun yang ingin diperbaharui seperti berikut:
Gred |
Mata CCD yang Diperlukan bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor |
||
1 Tahun |
2 Tahun |
3 Tahun |
|
G1 & G2 |
10 |
20 |
30 |
G3 & G4 |
20 |
40 |
60 |
G5 & G6 |
30 |
60 |
90 |
G7 |
40 |
80 |
120 |