August 7, 2016

Contractor Management Training (PLBK)

LATIHAN PENGURUSAN KONTRAKTOR

Program Kursus Latihan Pengurusan Kontraktor adalah kursus yang ditawarkan oleh PLBK dan mula dilancarkan pada tahun 2009 bagi melahirkan kontraktor berkualiti dan lebih berdaya saing. Melalui kursus latihan ini, kontraktor akan lebih kompeten dalam melaksanakan kerja pembinaan dalam sesebuah projek.
Melalui kursus pengurusan kontraktor ini, kontraktor dapat meningkatkan pengetahuan dan pengurusan yang dimiliki kontraktor, serta memantapkan keupayaan kontraktor bagi menghasilkan projek mengikut bajet, kualiti dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK)
Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) adalah pusat latihan yang diiktiraf CIDB bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor. PLBK ditauliahkan selama dua (2) tahun dan bertanggungjawab bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor mengikut modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh CIDB.

Pusat latihan yang mendaftar sebagai PLBK berupaya menawarkan kursus latihan pengurusan kontraktor yang diiktiraf CIDB mengikut kepakaran bidang masing-masing. Pentauliahan mengambil kira faktor utama iaitu pusat latihan, kelayakan akademik dan pengalaman tenaga pengajar.

List Of Modules

Program latihan ini disesuaikan dengan kehendak kontraktor di mana latihan dibahagikan kepada 3 jenis modul iaitu:

  1. Pengurusan Bisnes
  2. Pakar
  3. Tred

Terdapat 49 modul yang telah dibangunkan mengikut pecahan modul iaitu Pengurusan Bisnes (1 modul), Pakar (33 modul) dan Tred (15 modul). Modul-modul tersebut telah dibangunkan mengikut Standard Kompetensi Kontraktor (National Competency Standard for Contractors) yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama pihak industri. Dalam kandungan setiap modul, proses pembelajaran akan menyentuh topik berdasarkan pakej pembelajaran atau learning package (LP) seperti berikut:

Modul Pengurusan Bisnes:

  • LP1 : Jaringan Perniagaan
  • LP2 : Pengurusan Sumber Manusia
  • LP7 : Perakaunan Projek
  • LP8 : Sumber Dana & Pembiayaan Projek
  • LP11 : Peruntukan Perundangan

Modul Pakar / Tred:

  • LP3 : Perolehan Peralatan & Bahan
  • LP4 : Perolehan Loji & Jentera
  • LP5 : Tugasan Kerja
  • LP6 : Pengurusan Tapak
  • LP9 : Sijil Perakuan Siap Kerja
  • LP10 : Servis & Penyelenggaraan
  • LP12 : Penjadualan Kerja
  • LP13 : Penyenggaraan & Tender Projek

Senarai Modul Kursus PLBK

Target Group

Kumpulan Sasaran

Latihan pengurusan kontraktor PLBK disasarkan kepada pemilik atau pengurusan utama syarikat.  Kontraktor yang berjaya menghadiri kursus akan memperolehi sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 40 mata manakala Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian.  SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja  pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.

Tempoh dan Yuran Kursus

Kursus Pengurusan

Status

Yuran Kursus (RM)

Tempoh Kursus

Bisnes   Pemegang Kad Hijau

200

4 hari

  Bukan Pemegang Kad Hijau

400

Pakar/Tred

  Pemegang Kad Hijau

250

5 hari

  Bukan Pemegang Kad Hijau

500

 

 Brosur Latihan Pengurusan Kontraktor